Rabu, 28 September 2011

Khat Raihani

Jika dilihat dari segi bentuk Khat Raihani hampir menyerupai Khat Thulus. Hanya huruf-hurufnya agak lebih lebar dan panjang serta ditambah dengan tanda-tanda syakal.

 Hashim Muhammad al-Khuttat dalam kitabnya Qawa’id al-Khatti li al-Araby menyatakan bahawa kaligrafi khat adalah sesuatu yang mengasyikkan dan sangat menarik. Tulisan ini adalah satu-satunya yang paling fleksibel, elastik dan mudah dibentuk untuk disesuaikan dengan tempat tanpa mengorbankan keasliannya.


Lebih mempesonakan lagi jika khat tersebut dihasilkan oleh seorang seniman Naturalist. Keindahan tulisan ini sering membuat seseorang seniman mengolahnya menjadikan benda-benda yang wujud seperti perahu, gelas, binatang dan sebagainya. Bahkan pengambilan sumber semulajadi yang lain seperti tumbuhan merupakan seni yang sangat indah dalam perkembangan kesenian Islam yang digabungkan dengan seni Khat yang berasal daripada tulian Arab.

Penyertaan ini pula pada hakikatnya merupakan kesedaran kepada erti larangan untuk mencuba menggambarkan makhluk-makhluk hidup sesuai dengan Hadith Nabi S.A.W. Sebagai hasilnya, maka usaha untuk mengabadikan ciptaan Ilahi yang berupa alam dan segala kandungannya dalam bentuk yang abstrak dan estatik.

Bentuk Huruf Khat Raihani :
khat-raihani

2 komentar:

Unknown mengatakan...

Assalamua'laikum. Minta izin untuk perkongsian ilmu bersama. Wassalam.

Unknown mengatakan...

Wa'alaikumsalam wr.wb..

Ya silahkan.

Posting Komentar

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes