Dalam istilah kaligrafi ada yang dikenal dengan Khat. Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal, penyusunannya dan cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun. Khat merupakan seni tulisan indah yang mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Nilainya tinggi kerana ianya mudah dirobah mengikut penulisan, bahkan tulisannya seolah-olah mempunyai irama. Ia juga disandarkan pada subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai (hukama').
Seni khat berkembang dengan perkembangan seni ukiran dan kadang-kadang kedua-dua bidang seni ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain.Ia juga menjadi coretan tulisan indah daripada kehalusan rasa seni dan ketajaman daya pemikiran manusia yang mencipta seni tulisan sebagai lambang kepada perkataan yang dituturkan. Perbedaannya dengan huruf-huruf lain adalah dari segi keindahannya, mudah dirubah, disandarkan kepada perkara yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci.
Kepentingan Seni Khat :
Ia mempunyai kaitan dengan peningkatan tahap tamadun itu sendiri. Sebab itu ia merupakan hasil aktiviti masyarakat maju dan bertamadun.
Salah satu maksud dalam saranan Nabi Muhamad s.a.w agar umat Islam membaca dan menulis ayat-ayat al-Quran dengan baik. Dan dengan cara ini difikirkan untuk memudahkan lagi mereka mempelajari dan menghafalnya.
Keindahan tulisan merupakan kelembutan jari dan kehalusan pemikiran serta citarasa penulisnya.
Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasullah yang bermaksud: "Hendaklah kamu mengindahkan seni khat keran ianya narata kunci rezeki".
Saidina Ali pernah berkata : "Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana tulisan merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan".
Sebagai seni tulis yang melahirkan karya artistik yang bermutu tinggi, kaligrafi memiliki aturan dan teknik khusus dalam pengerjaannya. Bukan hanya pada teknik penulisan, tetapi juga pada pemilihan warna, bahan tulisan, medium, hingga pena. Secara teknis kaligrafi juga sangat bergantung pada prinsip geometri dan aturan tentang keseimbangan.
Aturan keseimbangan ini secara fundamental didukung oleh huruf alif dan titik yang menjadi penanda dan pembeda bagi beberapa huruf Arab. Meski dalam perkembangannya muncul ratusan gaya penulisan kaligrafi, tidak semua gaya tersebut bertahan hingga saat ini. Ada delapan gaya penulisan kaligrafi yang populer yang dikenal oleh para pecinta seni kaligrafi, diantaranya yaitu :
1. Khat khoufi (Kufi)
2. Khat Naskhi
3. Khat Riq'ah
4. Khat Diwani Jali
5. Khat Tsuluts
6. Khat Farisi
7. Khat Raihani
8. Khat Diwani
8 komentar:
trima kasih banget, kbetulan lg nyari2, semoga allah membalas amal aghan
Sama-sama Gan..
makasih ya saudaraku atas sofware na,ane download ya,ok
maksih friend,ane ijin sedot ya.ok
makasih friend,ane ijin sdot ye.ok
Ok Gan... sama-sama.
thank`s ...........
terima kasih kerana menyediakan satu laman web berkaitan kaligrafi..semoga umat islam dapat mempelajari khat
Posting Komentar